Entry kali ini nak bercerita pasal percutian yang ada especially di Pulau Pinang iaitu Pulau Jerejak. Cuti-Cuti Malaysia!!!
Saje2 nak share tempat2 percutian yang agak best di Penang memandangkan arini ramai yang amik cuti panjang (4 hari direct) sempena cuti Hari Wesak pada 17 Mei. Bila mai Penang je mesti first in mind terus merancang ke Batu Feringhi, apakata kali ini ubah angin ke Pulau Jerejak sebagai destinasi percutian anda hehehe
Namun mungkin segelintir pengunjung masih ragu2 untuk mengunjungi pulau ini kerana kisah silam pulau ini dimana ianya pernah menjadi penempatan bagi kumpulan orang berpenyakit kulit (kusta). YUP!!!, ianya memang benar kerana pusat rawatan penyakit pernah dibina pada mula2 pembukaan penang dahulu kala oleh Uncle Francis Light hehe. Ini adalah disebabkan pada ketika itu setiap pendatang2 dari luar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di pulau ini sebelum dihantar ke Pulau Pinang untuk menetap dan kerja disana.
Bukan setakat itu sahaja, Pulau Jerejak ini turut mempunyai Tugu2 peringatan sejarah. Ianya dibina bagi memperingati akan anak2 kapal kapal tentera yang mati ketika berlakunya 'Pertempuran Pulau Pinang' dimana salah satu kejadian yang berlaku di Malaysia semasa Perang Dunia Pertama. Setelah itu, peningkatan bilangan penyakit melanda di pulau ini sehingga tertubuh sebuah pusat rawatan yang luas dan besar. Pusat Pemulihan Jerejak juga diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi sehingga Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia.
Kini pembangunan telah kelihatan bagi menyediakan Pulau jerejak ini sebagai antara pulau peranginan di Malaysia. Kemudahan chalet, spa traditional dan pelbagai xtvt lain turut disediakan sebagai daya tarikan pengunjung untuk melawati dan menerokai pulau ini. Kepada Remaja2 yg gemar akan xtvt lasak, disini jugak tersedianya xtvt paintball, hiking, mountain bike serta memanah. Wah, Best wooo!!!
Akhir kata dari Holiday Maniac, ambilah sedikit masa untuk berehat kerna ianya sumber ketenangan jiwa dan rohani hehehe Terima Kasih khas kepada Pulau Jerejak dan Tok Wikipedia, Thanks to all, TQ2, Arigatokozaimas...
p/s: hoping setiap minggu publish sekurang2nya satu entry =) hehe
No comments:
Post a Comment