Halaman

Monday, May 23, 2011

Fakta ~ Tidur

Kali ini entry ingin kongsi dengan kengkawan pasal benda yang selalu manusia buat dikala malam hari iaitu TIDUR.

Entry saje2 je nak share sumthing maybe sedikit sebanyak fakta2 dan teori yang boleh dikaitkan dengan xtvt tidur ini. Pada kebiasaanya, manusia akan tidur dimalam hari manakala bekerja diwaktu siang hari.Namun, bagi peminat bola, bola malam hari, tidur disiang hari hahaha

Tidur merupakan xtvt dimana seluruh tubuh kita berada keadaan rehat dengan tidak melakukan apa2 xtvt lain. Bagi manusia, tahap tidur setiap orang adalah berbeza mengikut usia, jenis pekerjaan dan tahap kesihatan individu itu sendiri. Sebagai contoh adalah individu yang tidak sihat ataupun lemah2 badan, mereka memerlukan tidur yang lebih lama bagi mengembalikan kecergasan dieorang. Bagi faktor usia, terdapatnya julat tempoh tidur yang diklasifikasikan bagi pelbagai peringkat umur. Ianya adalah seperti berikut:

  • Baru Lahir - ~18 jam
  • 1-12 Bulan - ~14-18 jam
  • 1-3 Tahun - ~12-15 jam
  • 3-5 Tahun - ~11-13 jam
  • 5-12 Tahun - ~9-11 jam
  • Remaja - ~9-10 jam
  • Dewasa, Golongan Tua - ~7-8 jam
  • Wanita hamil - ~8 jam

Entry suka juga mengesyorkan postur tidur yang paling sesuai bagi manusia adalah sisi kanan tubuh (menghadap kekanan). Jika dibandingkan dengan postur yang lain, sebagai contoh tidur menghadap kekiri, struktur tubuh kita akan kuat menekan jantung kita. Ini akan menyekat pengaliran darah ke otak dan akan menganggu kitaran darah badan. Jika kita tidur terlentang pula iaitu tubuh menghadap ke atas, ianya akan menyeksakan tulang punggung dibelakang, malah ianya akan menyebabkan kita akan kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

Berikut pula adalah Tips-Tips bagi mendapatkan tidur yang cukup dan sihat:
  • Berdoa; supaya kita terhindar dari segala mimpi seram dan gangguan, bak kata orang cuci kaki (berwudhuk) sebelum tidur.
  • Disiplinkan Waktu Tidur; ini amat penting dalam mengatur kitaran hidup kita seharian serta menjamin irama tidur kita yang sempurna.
  • Suasana Bilik Tidur Nyaman; fokus yang tinggi terutama dalam mengawal pengaliran udara dan wangian dalam bilik (aromatherapy)
  • Minuman Hangat; sebagai contoh ialah segelas susu atau secangkir teh hebral hangat kerna susu mengandung kalsium dan l-tryptophan yang membantu tubuh mempersiapkan untuk tidur.
  • Kurangkan Berfikir; ini amat penting kerana ianya memberi otak kita bersedia untuk rehat serta mind-set yang rapi menumpu kepada persiapan untuk tidur.  

Akhir kata dari Tidur Malam, semoga tidur hari ini akan memberi sebuah kehidupan yang lebih ceria dan menarik keesokan harinya hehe Terima kasih to Tok Google dan Encik Wiki, thanks to all TQ2, Aarigatokozaimas...



No comments: