Halaman

Friday, December 21, 2012

UEL - Sparta Praha v Chelsea

 
Europa League

ROUND OF 32 EUROPE LEAGUE 2012/13 :
SPARTA PRAHA vs CHELSEA

1st Leg - 14/2/2013
2nd Leg - 21/2/2013
 

Wednesday, December 19, 2012

Jadual perlawanan PAHANG Liga Super 2013

Selamat pagi semua !!!

Malam semalam dikejutkan dengan Jadual perlawanan PAHANG sepanjang Liga Super 2013, xsabar wei nak p trun stadium, namun apekan daya hanya mampuku melayaninya dikaca tv (hope selalu ade LIVE game PAHANG) hehehe

PUSINGAN PERTAMA

Januari
#1 vs Johor DT|Selasa|8.1.13|Std Darulmakmur
#2 vs Felda Utd|Sabtu|12.1.13|Std MBPJ
#3 vs Negeri Sembilan|Selasa|15.1.13|Std Darulmakmur
#4 vs Selangor|Sabtu|19.1.13|Std Shah Alam
#5 vs Terengganu|Selasa|22.1.13|Std Darulmakmur

Februari
#6 vs Lions XII|Sabtu|16.2.13|Std Jalan Besar
#7 vs Perak|Selasa|19.2.13|Std Perak
#8 vs Kelantan|Sabtu|23.2.13|Std Darulmakmur

Mac
#9 vs ATM|Sabtu|2.3.13|Std Tunku Abdul Rahman Paroi
#10 vs PKNS FC|Sabtu|9.3.13|Std Darulmakmur
#11 TTeam|Sabtu|30.3.13|Std Sultan Ismail Nasaruddin Shah

PUSINGAN KEDUA

April
#12 TTeam|Sabtu|13.4.13|Std Darulmakmur
#13 vs Johor DT|Sabtu|20.4.13|Std Larkin
#14 vs Felda Utd|Sabtu|27.4.13|Std Darulmakmur

Mei
#15 vs Negeri Sembilan|Sabtu|4.5.13|Std Tunku Abdul Rahman Paroi
#16 vs Selangor|Selasa|7.5.13|Std Darulmakmur
#17 vs Terengganu|Sabtu|11.5.13|Std Sultan Ismail Nasaruddin Shah
#18 vs Lions XII|Sabtu|18.5.13|Std Darulmakmur

Jun
#19 vs Perak|Sabtu|22.6.13|Std Darulmakmur
#20 vs Kelantan|Selasa|25.6.13|Std Sultan Muhammad IV

Julai
#21 vs ATM|Selasa|2.7.13|Std Darulmakmur
#22 vs PKNS FC|Sabtu|6.7.13|Std Shah Alam

~ (tertakluk pada sebarang pindaan) ~


Credit to: TokGajah.com, TerimaKasih3x...


Monday, November 26, 2012

Durian Creep

DURIAN CREEP???
Apakah itu?Inilah pertama kali mendengarnya. Dengar cite ianya sejenis makanan hehehe

Betui2, ianya sejenis hidangan yang amat sesuai untuk dimakan dikala petang atau malam, pekena sekali ngan tea' O perghh sungguh menusuk kalbu =)

Papepun, ni ade serba sedikit resepi 'Durian Creep' untuk tatapan semua, Tq2

A. KULIT
250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur

500 ml santan

1/ 2 sudu kecil garam

1 sudu kecil paste pandan 

1 sudu besar  butter di cairkan ~
menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali
2 sudu besar gula halus @ castor


B. CREAM
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus

(Kacau atas double boiler hingga pekat)

250 gm whipping non dairy ~
putar kental
(Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik)



C.INTI
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kental
Isi durian  secukupnye

Jom Ayuh bersama2 menikmatinya =) Peace Yo...


 

Monday, November 5, 2012

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia

Lagu yang syok untuk dilayan dan karaoke =)

Jom Layan n Feeling !!!


Motif Band - Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

~ ~ ~ ~ ~ Tammat ~ ~ ~ ~ ~

p/s: nak versi MP3 requestkannya yek =)


Thursday, October 25, 2012

Live from Makkah..

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam..

Sungguh kagum dan rendah diri empunya diri ini melihat, menyaksikan secara langsung perkhabaran dari kota suci, Makkah

terdetik di hati ini untuk kesana walaupun bukan untuk menunaikan Haji (belum berkemampuan) tetapi untuk melawat atau mengerjakan Umrah. Melihat kebesaran ciptaan yang Maha Esa sungguh besar nikmatnya. Jika dengan hanya melihat sudah terlintas didalm hati kita untuk ke sana, inikan pula pahala ucapan atau kata2 yang lahir dr mulut kita...

Disini disertakan LIVE BROADCAST terus menerus di Makkah sempena masyarakat Islam dunia mengerjakan Haji di sana..


Sama2lah kita menatap, melihat dan menghayati kebesaran dan keagungan yang Maha Esa. Ayuh menanam azam dan cita-cita untuk melawati dan menziarahi kota suci Makkah..


Semoga seluruh ahli jemaah haji pada kali ini memperoleh haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang, Insyallah Allahuakhbar Allahuakhbar Walillahilham..

Saturday, February 4, 2012

Khutbah Terakhir Rasullullah S.A.W ~

Sempena Maulidur Rasul pada hari esok, hati tergerak untuk berkongsi kepada seluruh khalayak masyarakat tidak kira bangsa, agama dan taraf hidup untuk bersama2 menilai dan menghayati kata2 yang terdapat pada Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.


p/s: Bersama-samalah kita menghayati dan mengamalkan gaya hidup dan sunnah Rasulullah S.A.W pada setiap tingkah laku dan gaya hidup yang kita tempuhi dan jalani ~~


sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1687-khutbah-terakhir-nabi-muhammad-saw.html