BERITA: 5,337 calon terpilih pelajar baharu USM
5,337 calon terpilih pelajar baharu USM
GEORGE TOWN 10 Julai - Sebanyak 5,337 pelajar terpilih akan mendaftar
sebagai pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 September
ini bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda.
Naib Canselor
USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, daripada jumlah pelajar itu,
sebanyak 3,790 pelajar akan mendaftar di kampus induk Pulau Pinang,
kampus kejuruteraan Nibong Tebal (988) dan selebihnya di kampus
kesihatan Kubang Kerian, Kelantan.
Beliau berkata, pelajar
boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok dan
mereka yang berjaya diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran
sebelum 21 Julai.
"Kegagalan membuat pengesahan penerimaan
tawaran akan menyebabkan tawaran kepada mereka terbatal secara
automatik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Omar berkata, bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan menerusi http://pohon.usm.my/ pada 21 Julai dan keputusan rayuan akan dimumumkan pada 5 Ogos.
Katanya, bagi sidang akademik 2013 ini, USM menerima 20,320 permohonan
daripada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Diploma,
A-level berbanding 14,222 permohonan bagi sidang akademik tahun lepas. -
BERNAMA
Sekian, Terima Kasih ..
Credit to www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment