Halaman

Thursday, August 25, 2011

Lagu & Lirik ~ Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda - Hujan feat Raihan

Entry kali ini suka nak kc UP lagu Raya Aidilfitri iaitu Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda by Hujan feat Raihan.

Kolabrasi antara Hujan dan Raihan sesuai sungguh tuk bersama2 menyanyikan lagu ini. Lagu yang mudah untuk kita faham dan diikuti di bibir mulut kita. Selain itu, lagu ni juga sarat dengan mesej memuji dan menghormati pengorbanan kedua ibubapa dalam menjaga serta menyediakan kebahagian menyambut Hari Raya Aidilfitri anak2nya. Namun, kita sebagai anak2 perlulah berfikir sejenak apakah dan adakah cukup pengorbanan yg kita telah lakukan dan belum dilakukan dalam memberi mereka penghargaan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.



Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba tuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
 

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
 
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
 

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andainya Anak-anakmu Bahagia
Di Aidilfitri

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Akhir kata dari penyambut Hari Raya Aidilfitri, hayati dan sambutlah Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kebahagian. Terima Kasih kepada Hujan, Raihan dan seluruh rakyat Malaysia, Thanks to all, TQ2, Arigatokozaimas...



No comments: