Entry kali ni mahu discuss sikit2 pasal penularan wabak bakteria iaitu Escherichia Coli atau nama popularnye ialah E.Coli.
Mungkin korang pernah terbaca dan menonton mengenai berita penularan bakteria ini hebat berlaku di Europe. Kini, penularan bakteria ini kian dasyat di Europe sehingga kini membunuh 22 orang dan menyebabkan lebih 2,330 jatuh sakit diseluruh dunia. Oleh yang demikian, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan bantuan sebanyak 150 juta Euro (RM660 juta) kepada petani Eropah yang kerugian teruk akibat kejatuhan dalam penjualan tanaman mereka.
Sedikit Fakta mengenai bakteria E.Coli:
- Escherichia Coli
(E.Coli)adalah sekumpulan bakteria yang hidup didalam usus haiwan dan manusia - Bakteria yang baru ini adalah jenis baru yang tidak pernah ditemui
- Ianya menghasilkan toksin jauh yang lebih banyak berbanding E.Coli biasa
- Ianya turut mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap 14 jenis antibiotik
- Kesanya akan menyebabkan cirit birit berdarah dan kegagalan buah pinggang berfungsi
Fakta eksklusif E.Coli di Nukilan Si Jemari:
- Kebanyakkan mangsa wabak E.Coli adalah wanita muda dan bertubuh kurus, ini disebabkan wanita muda lebih ramai mengambil sayur mentah yang dianggap pilihan sihat
- 22 mangsa terkorban di Jerman termasuk seorang di Swedan
- Kerugian eksport industri sayuran dan buah-buahan Sepanyol sebanyak RM770 juta dalam tempoh 7 hari selepas dituduh oleh Jerman sebagai punca wabak E.Coli
- Nilai dagangan buah-buahan dan sayuran segar EU setiap minggu adalah sebanyak RM11 bilion
Setiap masalah semestinya mempunyai langkah2 pencegahan. Antara langkah2 yang boleh kita amik adalah:
- Basuh dan masak daging dan sayuran dengan menyeluruh
- Basuh tangan, alat memasak dengan air panas bersabun selepas menyentuh daging atau sayur mentah
- Minum susu, jus yang dipasturkan sahaja
- Elak menelan air dikolam renang semasa berenang
- Individu yang dijangkiti cirit birit perlu memastikan kebersihan diri dan elak daripada berenang, memasak atau berkongsi bilik air
Akhir kata dari Pengguna Prihatin, utamakan pemilihan dan kebersihan pemakanan kita demi menjamin kehidupan yang lebih sihat. Terima kasih kepada Tok Google dan newspaper SinarHarian. Thanks to all, TQ2 Arigatokozaimas.
No comments:
Post a Comment