Halaman

Sunday, April 24, 2011

MasterChef - Malaysia

Entry kali ini suka untuk mengheboh2kan pasal progaram realiti terbaru yang akan diadakan di tanahair kita iaitu MasterChef - Malaysia.

Rancangan Tv realiti ini sudah lama bermusim2 terkenalnya terutama sekali di UK (united kingdom) dan US (united state). Selain itu jugakkn, rating show tuk program ni pn memang tinggi di US n UK. Oleh yg demikian, ASTRO mengambil langkah yg bijak dan terbaik untuk memperkenalkannya di Malaysia. Tv realiti ni memang sangat best untuk di tonton oleh segenap lapisan masyarakat kerana show ini memberi peluang kepada semua untuk mengenali dengan lebih dekat akan dunia masakan.


Rancangan ini akan mencungkil bakat baru dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan. Rancangan ini juga memberi inspirasi dan membuka ruang kepada chef-chef amatur, para suri rumah dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengubah kerjaya, impian dan aspirasi kehidupan mereka ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. 

Setiap program Tv realiti mestilah ade syarat2 penyertaan. Tidak ketinggalan jugak untuk penyertaan show MasterChef ini turut bersyarat2 iaitu:
  • Peserta mesti seorang lelaki atau perempuan, dan mesti seorang warganegara Malaysia dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Peserta mesti berumur 18 tahun ke atas pada 28 Mac 2011 dan memiliki kad pengenalan dan/atau sijil lahir yang sah.
  • Peserta boleh sama ada seorang bujang atau sudah berkahwin tetapi peserta wanita tidak boleh mengandung/menjadi mengandung pada waktu uji bakat dan/atau sepanjang penerbitan Rancangan ini.
  • Sila baca terma dan syarat sebelum mengisi borang uji bakat.


Berikut pula adalah tarikh, masa dan tempat untuk sesi ujibakat untuk program MasterChef - Malaysia:

23 April 2011 
9 pagi hingga 4 petang
Hotel Equatorial Penang

30 April 2011 
9 pagi hingga 4 petang
Beverly Hotel Kota Kinabalu

7 Mei 2011 
9 pagi hingga 4 petang
Hotel Selesa Johor Bahru

13 Mei 2011 
9 pagi hingga 4 petang
Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

20 Mei 2011 & 21 Mei 2011
9 pagi hingga 4 petang
KDU University College

Akhir kata dari Peminat Masakan Tempatan, makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan hahaha Terima kasih kepada ASTRO dan seluruh rakyat Malaysia, Tahniah!!! TQ2 Arigatokozaimas...



No comments: