Bila lama xberjumpa dngan kedua Mama & Abah, rasa Rindu dan Sayang yang amat sangt lahir dari jiwa dan hati ini. Memori suka duka bersama sewaktu bersama mereka dlu memberi satu kenangan yg tidak terhingga indahnya.
Entry kali ini ingin mengajak rakan2, generasi tua & muda, golongan kaya & miskin serta golongan rakyat & para pemimpin untuk bersama2 kembali mengingati akan pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Ibu Bapa kita dr setitis air susu sehinggalah sebesar kehidupan untuk kita sehingga ke saat ini.
Pengorbanan yang tiada tolok bandingnya bermula dr saat kita masih dalam kandungan, disusui setelah dilahirkan, dijaga dan dipelihara sehingga dewasa, diberi pelajaran & didikan untuk mngenal baik buruk serta nafkah untuk kita meneruskan kehidupan sehingga ke saat ini.
Selagi saat2 indah boleh kita bina bersama2 mereka, teruskanlah mengasihi dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Kita wajib mentaati perintah mereka (selagi tidak bertentangan syarak) kerana mereka lebih mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita. Usahlah kita 'mencuit' hati2 mereka dengn kata2 kasar kerana sikap seperti inilah yang akan membawa kita kegagalan, tertutupnya pintu rezeki dan tiada ketenteraman jiwa bukan sahaja didunia malah diakhir penghidupan jua.
MP3 ~ Saujana - Keluarga Bahagia ~
Apabila kita ini adalah anak amat menghargai dan berbakti akan jasa dan pengorbanan mereka, kita sebagai bakal ibu bapa dengan izin Allah akan kembali dihormati dan disayangi oleh anak2 kita dikemudian hari. Kehidupan yang bahagia, tenang, tenteram serta dihormati akan kita peroleh bukan sahaja dari kalangan kelompok keluarga kita sahaja malah masyarakat setempat (jiran2, sahabat handai) tidak kira bangsa, budaya dan agama dpt sama2 kita membina keharmonian bermasyarakatan.
Akhir kata dari Seorang Anak Kecil, cintai, sayangi dan berbaktilah kepada Ibu Bapa kita kerna disitulah tempat kita mengadu, bermesra dan berkasih sayang dalam mencari atau memperoleh kebahagian didunia mahupun diakhirat. Terima kasih atas segala pengorbanan insan yg bergelar Ibu & Bapa, TQ2, Arigatokozaimas...
No comments:
Post a Comment