Petua mendapat anak Soleh/Solehah
Petua mendapat anak SOLEH/SOLEHAH :
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke
ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah
ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur
dengan menyeru kepada nama penuhnya.
Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih
sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur
itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
Ayah dan ibu
juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita
misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)
Sekian, Terima Kasih .. =)
No comments:
Post a Comment