Halaman

Tuesday, July 26, 2011

Hiburan - Lawak Minggu Ini

Entry kali ini nak perkenalkan program baru yang akan muncul di ASTRO WARNA iaitu Lawak Minggu Ini.

Program Lawak Minggu Ini yang bakal menemui peminat2 komedi seantero Malaysia akan bersiaran selama 12 episod ini akan menampilkan 12 orang pelawak popular tanah air yang mana setiap daripada mereka akan bertindak sebagai hos dan mengemudikan pentas untuk satu episod penuh selama satu jam dengan kebebasan penuh untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan yang berteraskan komedi dan lawak jenaka.

Antara pelawak2 yang bakal terlibat dengan program Lawak Minggu Ini adalah terdiri daripada Apek, Yassin, Abon, Kumpulan Balas, Dato’ Jamali Shadat, Sathiya, Kumpulan Sepah, Nabil, Johan, Zizan, Kumpulan Jambu dan Angah. Serius aku amat xsabar2 nak melayan lawak/komedi dari Kumpulan Sepah (juara Maharaja Lawak), bukan sahaja terbaekk melawak malah hebat menyanyi hehehe

Dengan siaran selama satu jam, setiap pelawak bakal mempersembahkan idea dan pengisian lawak jenaka masing-masing yang pelbagai secara kreatif dan diberi kebebasan untuk menjemput teman-teman artis seperjuangan lain yang bukan saja terdiri daripada kalangan pelawak, malah penggiat seni lain seperti pemuzik, penyanyi dan sebagainya.


Dengan kekuatan barisan pelawak yang terlibat serta reputasi setiap daripada mereka yang sememangnya lawak dan menghiburkan, aku sendiri confirm program ini bakal memikat hati setiap penonton. Aku yakin program2 camnilah mampu meningkatkan lagi kualiti dan bilangan pelawak dalam dunia hiburan tempatan.

Jangan lupa saksikan program Lawak Minggu Ini pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 5 Ogos 2011 secara eksklusif di Astro Warna (Saluran 132).

Akhir kata dari Peminat Komedi Tanah air, hilangkanlah duka dan sengketa, lahirkanlah suka dan tawa didalam hati anda hehehe Terima Kasih kepada ASTRO dan seluruh peminat komedi tanahair, TQ2, Arigatokozaimas...


p/s: Solat Terawih nanti jangan dilupakan pulak yek hehe

Monday, July 18, 2011

Chelsea FC - Sudah Tiba Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 18/7/2011 - Skuad Chelsea telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebentar tadi. Mengikut sumber2 dari Facebook, mereka telah tiba pada pukul 1.00 ptg waktu Malaysia.

Seramai 26 pemain skuad Chelsea hadir untuk sepak mula Chelsea's 2011 Asia Tour. Namun demikian, dua (2) pemain tidak dapat hadir jelajah Asia ini kerna terlibat dengan tugasan antarabangsa iaitu Ramires dan David Luiz yang mewakili negara Brazil untuk Copa Amerika.

Berdasarkan senarai pemain yang terlibat dengan siri jelajah Asia ini, Chelsea membawa ramai pemain muda yang bagus2 dan hebat2 sebagai langkah persiapan menghadapi saingan elit di Eropah nanti. Antara nama2 pemain muda yang hadir adalah:~

  • Jamal Blackman (GK)
  • Billy Clifford (M/RB)
  • Nathaniel Chalobah (CB/DM)
  • Slobodan Rajkovic (CB)

Berikut pula dalah senarai penuh Para Pemain Skuad Chelsea untuk 2011 Asia Tour:~

Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Jamal Blackman
Jose Bosingwa, Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, Alex
John Terry, Slobodan Rajkovic, Nathaniel Chalobah, Ashley Cole
Patrick van Aanholt, Ryan Bertrand, John Mikel Obi, Josh McEachran
Frank Lampard, Yossi Benayoun, Billy Clifford, Yury Zhirkov
Florent Malouda Salomon Kalou, Daniel Sturridge, Nicolas Anelka
Didier Drogba, Fernando Torres

Petang ni pula akan diadakan sesi bersama media dan sejurus kemudian didengarkan cerita akan berlatih di Stadium Shah Alam untuk pemanas badan. Pada 19/7/2011, mereka akan berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kepada sesiapa yang mempunyai Pas Masuk sesi latihan jngan lah segan silu untuk turun tengok yek. Dan yang paling penting adalah 21/7/2011 dimana perlawanan yang dinanti2kan iaitu skuad Malaysia v Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jangan Ketinggalan!!!~~

Akhir kata, marilah menyaksikan kehebatan Malaysia dan Chelsea bermain Bolasepak hehehe Sekian Terima Kasih, Thanks to all, TQ2 Arigatokozaimas...



Wednesday, July 13, 2011

Hiburan - The Apprentice ASIA

Setelah lahirnya The Apprentice US dan UK, entry kali ini ingin menguar-uarkan dan memperkenalkan realiti tv terbaru Asia iaitu The Apprentice Asia.

Duk usha2 Berita Harian td ni tetiba terpandang artikel pasal bende ni. Program ni memang best untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya mendidik dan mengajar kita erti perniagaan dan pengurusan sesuatu kerja.

Lagi best program tv ini adalah tokoh usahawan industri penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes, akan menjadi hos edisi Asia siri televisyen digemari ramai ini. Ia diumumkan semalam oleh penerbit bagi Asia program realiti itu, RGM iaitu sebuah syarikat filem dan televisyen yang berpangkalan di Singapura. 


The Apprentice yang direka dan diterbitkan Mark Burnett Productions, mencatatkan kejayaan selepas kemunculannya pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan penerbit eksekutif bersamanya.


Program berkenaan sejak itu sudah difrancaiskan pada peringkat antarabangsa, termasuk di United Kingdom yang dihoskan Lord Sugar.


Seorang daripada pemimpin perniagaan termuda dan terkenal, Tony yang kini adalah Ketua Eksekutif Kumpulan dan pengasas AirAsia Bhd, adalah penggerak di sebalik, Tune Group Sdn Bhd, syarikat induk AirAsia dan pasukan Formula One Lotus Racing

Beliau dijangka menambahkan lagi tarikan pada sesi temu bual rancangan itu dengan perbicaraan jenaka tetapi pintarnya, membuat keputusan berani dan ketabahan sebagai seorang usahawan.




"Kita akan menyaksikan bakat perniagaan yang cemerlang di ranatu ini bersaing dari jalanan ke bilik lembaga pengarah" - Tony Fernandes, Pengasas Air Asia Bhd

The Apprentice Asia akan menghimpunkan sejumlah eksekutif perniagaan pelbagai industri dan negara di rantau ini dengan melakukan penyingkiran sehingga seorang calon menjadi perantis bergaji besar kepada Fernandes. 

Akhir kata dr Penonton The Apprentice, tiada yang boleh mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri. Terima Kasih kepada The Apprentice, Berita Harian dan semua, TQ2 to all Arigatokozaimas...



Thursday, July 7, 2011

Berita Terkini & Semasa - Undian Kelayakan Bola Sepak Pusingan Akhir Olimpik

Kuala Lumpur, Khamis 07/07/2011 - Undian Kelayakan Pusingan Akhir Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung sebentar nanti pada pukul 3.00 petang waktu Malaysia di Rumah AFC, Kuala Lumpur.

Undian ini akan menentukan pasukan negara2 yang akan bertanding secara Round Robin dalam tiga (3) Group. Setiap Group akan dihuni oleh empat (4) Negara yang berjaya ke pusingan akhir ini.

Berikut adalah 12 ranking negara yang layak ke pusingan akhir ini:~

1. Korea Republic, 2. Australia, 3. Japan (pot 1)
4. Iraq, 5. Bahrain, 6. Qatar (pot 2)
7. Saudi Arabia, 8. Syria, 9. Uzbekistan (pot 3)
10. Oman, 11. UAE, and 12. Malaysia (pot 4)

Pendahulu setiap Group akan layak secara automatik ke Olimpik 2012 manakala naib juara kumpulan akan bermain play-off bersama2 wakil dari Afrika nanti.

Berikut pula adalah tarikh jadual bagi perlawanan2 yang akan berlangsung nanti:~

Match 1 ~ 21 Sept 2011 (Rabu)
Match 2 ~ 23 Nov 2011 (Rabu)
Match 3 ~ 27 Nov 2011 (Ahad)
Match 4 ~ 5 Feb 2012 (Ahad)
Match 5 ~ 22 Feb 2012 (Rabu)
Match 6 ~ 14 Mac 2012 (Rabu)

Akhir kata dari Meja Berita, Majulah Sukan Untuk Negara. Sekian Terima Kasih untuk Semua, Tq2, Arigatokozaimas...



Friday, July 1, 2011

Hiburan - Final Imam Muda 2

Entry kali ini nak promote sebuah Program Realiti TV Astro iaitu Final Imam Muda Musim ke-2.

Dalam tidak sedar program realiti TV ini sudah tiba ke penghujungnya dan malam inilah yang menjadi penentu siapa akan ditabalkan sebagai juara Imam Muda bagi musim ke-2. Adakah Imam Muda Hassan atau Imam Muda Nazrul ?~


Final Imam Muda ini akan bersiaran secara langsung di Astro Oasis (Saluran Astro, 106) dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, pukul 9 malam ini. Sudah semestinya kredibiliti, ketrampilan dan komitmen akan terus diuji melalui tugasan final istimewa yang diberikan oleh mudir, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz dan mursyid Ustaz Ikmal Zaidi Hashim, Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar dan Ustaz Zulkefli Hamat


Sedikit Info2 Finalist Imam Muda 2:~

Imam Muda Hassan
  • Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza
  • 26 tahun
  • Pensyarah sebuah kolej swasta
  • Kampung Sungai Wangi, Air Tawar, Perak

Imam Muda Nazrul
  • Nazrul Izwan Zolkiflee 
  • 26 tahun
  • Seorang guru besar
  • Felda Maokil, Segamat, Johor 

Bagi menentukan juara musim ini, mereka perlu melakukan tiga tugasan wajib iaitu tazkirah dan khutbah Jumaat serta menganjurkan Qiamullail di kampung masing2. Ditambah pula dengan sesi soal jawab pada malam ini dengan markah sebanyak 50 peratus bakal menentukan siapa yang akan muncul sebagai Imam Muda Unggul.


Bagi para peminat program IM2, masing-masing mempunyai pilihan. Namun hanya kebijaksanaan mereka ketika di pentas akhir akan menentukan siapa yang akan membawa pulang hadiah pertama bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.

Selain itu, juara juga akan mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej haji dan umrah tajaan Salamfon, pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.

Manakala, tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej umrah tajaan Salamfon.

Hadiah lain untuk naib johan adalah pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.

Akhir kata dari Peminat Program Imam Muda, semoga program ini terus melahirkan para Imam Muda yang bertanggungjawab kepada masyarakat dari dulu, kini dan selamanya. Terima Kasih kepada Astro Oasis, Utusan Malaysia dan peminat program Imam Muda. Thanks to all, TQ2 Arigatokozaimas...