Halaman

Saturday, July 27, 2013

Keputusan Undian Watson Piala Malaysia 2013


Watson Piala Malaysia 2013
 
 { Kumpulan A }
Selangor - ATM - Sime Darby - Johor

 { Kumpulan B }
Johor DT - PKNS FC - T-Team - Felda United

{ Kumpulan C }
Kelantan - Pahang - Terengganu - Negeri Sembilan

{ Kumpulan D }
Lions XII - Perak - Sarawak - Kedah


Peringkat Kumpulan:

Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

Peringkat Suku Akhir:

Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

Peringkat Separuh Akhir:

Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013


Sekian, Terima Kasih ..


MANUSIA & AL-QUR'AN

 
8 Soalan MANUSIA & AL-QUR'AN bila ditimpa Masalah:

1) Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Ali Imraan : 139


2) Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Al-Baqarah : 286


3) Manusia : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an : …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Baqarah : 216


4) Manusia : Kenapa aku diuji ?

Qur’an : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-Ankabuut : 2


Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Al-Ankabuut : 3


5) Manusia : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an : ...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Yusuf : 87


6) Manusia : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an : Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Ali Imraan : 200


7) Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an : …cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

At-Taubah : 129


Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

At-Taubah : 111
 Sekian Terima Kasih ..
Credit to FB member 



Thursday, July 18, 2013

Pesan/Petua Imam Syafie Untuk Lelaki

 
PESAN/PETUA IMAM SYAFIE untuk LELAKI
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
  Sekian, Terima Kasih ..
 Credit to FB member =) 
 
 

Monday, July 15, 2013

Jadua Harian Mukmin di Bulan Ramadhan


Perkongisan di Bulan Ramadhan !!

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.

4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3.Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5.Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6.Baca dan tadabburlah al- Quran.
7.Berzikir.

5.15 PAGI
1.Makan sahur
2.Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2.Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
1.Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3.Solat Zohor berjemaah.
4.Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

Thursday, July 11, 2013

BERITA: 5,337 calon terpilih pelajar baharu USM

 
5,337 calon terpilih pelajar baharu USM
 
GEORGE TOWN 10 Julai - Sebanyak 5,337 pelajar terpilih akan mendaftar sebagai pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 September ini bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, daripada jumlah pelajar itu, sebanyak 3,790 pelajar akan mendaftar di kampus induk Pulau Pinang, kampus kejuruteraan Nibong Tebal (988) dan selebihnya di kampus kesihatan Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau berkata, pelajar boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok dan mereka yang berjaya diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran sebelum 21 Julai.

"Kegagalan membuat pengesahan penerimaan tawaran akan menyebabkan tawaran kepada mereka terbatal secara automatik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Omar berkata, bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan menerusi http://pohon.usm.my/ pada 21 Julai dan keputusan rayuan akan dimumumkan pada 5 Ogos.

Katanya, bagi sidang akademik 2013 ini, USM menerima 20,320 permohonan daripada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Matrikulasi, Diploma, A-level berbanding 14,222 permohonan bagi sidang akademik tahun lepas. - BERNAMA
 
Sekian, Terima Kasih ..
Credit to www.utusan.com.my
 
 

Wednesday, July 10, 2013

NEXT OFFICIAL TRANSFER: Marco van Ginkel CFC


BERITA RINGKAS LAGI MENARIK !!!


Chelsea Football Club is delighted to announce Marco van Ginkel today (Friday) completed his transfer from Vitesse Arnhem - Chelsea FC

Marco van Ginkel completed his transfer from Vitesse Arnhem on Friday afternoon - Chelsea FC










Sekian, Terima Kasih ...

Credit to www.chelseafc.com 



 

NEXT OFFICIAL TRANSFER: Mark Schwarzer CFC



BERITA RINGKAS LAGI SENSASI !!!


We completed the signing of Mark Schwarzer on a free transfer on Tuesday evening, and the goalkeeper spoke to the official Chelsea website at Cobham after putting pen to paper on his one-year contract. - CHELSEA FC

Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of goalkeeper Mark Schwarzer on a free transfer. - CHELSEA FC








Sekian, Terima Kasih ..

Credit to www.chelseafc.com



 

Wednesday, July 3, 2013

Niat Puasa dan Berbuka Bulan Ramadhan


Niat Puasa dan Berbuka di Bulan Ramadhan


Pastikan setting NIAT, 
upgrade IMAN, 
download PAHALA, 
approve MAAF, 
delete DOSA
dan search KEBERKATAN & KEMULIAAN :)




Sekian, Terima Kasih


Selamat Menyambut 
< Ramadhan Al-Mubarak >




Monday, July 1, 2013

Tujuh Sunnah Rasulullah

 
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ke-tujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.